Monday, May 28, 2012

Kematian Bapa Mertuaku

Salam semua...lama juga i tk view or update my own blog...sebenarnya banyak cerita yg berlaku dalam hidup sepanjang April ni...cuma i tk ber kesempatan tuk bercerita atau berkongsi dalam blog i ni..
28 April 2012 adalah tarikh pahit bagi keluarga suami ku..

Sebenarnya tarikh 27 April adalah birthday suamiku...memang i plan nak celebrate birthday my hubby kat Jusco Tebrau City kat restaurant favourite dier..kat Black Canyon. Tapi perasaan i ngn my hubby macam hilang mood tuk celebrate aper2 sbb mengenangkan keadaan abah yg agak critical.

Mlm tu i dah lepak kat umah mertua tuk tengok keadaan abah. Mlm tu abah masih boleh berbual tp dalam keadaan dengar tak dengar. Abah mcm tk nak mak mertua i jauh dari dia... asyik suruh mak picit tangan dia jek... jgn lepas..I ada picit2 kaki abah..i rasa kaki abah sejuk dan jari tangan abah pun agak sejuk.. i dah suspen...sbb i pernah terbaca tentang tanda2 kematian menghampiri manusia. Tanda2 tu kebanyakan i dah nampak...hidung abah dah mula jatuh...TAPI...i tak berani nak cakap kat hubby..i nak jaga perasaan dia...mlm tu jugak masa kt umah sendiri...my hubby ader tanya.."u tengok keadaan abah mcmmaner ?" hmmm.. jawapan i yg positive jek... i tengok dia dah risau... i ckp kt my hubby doakan yg terbaik tuk abah.

Pagi tu..i dah gi semula umah mak mertua aku... aku kemas aper yang patut... tengok keadaan abah...pg tu hubby ader mandikan abah dan salinkan pampers...pas tu hubby gi pasar tani nk cari susu kambing dan kurma tuk abah makan...untuk energy abah....sbb dia dah lama tak boleh makan aper pon... doctor dah advice my hubby tuk kasi abah minum susu kambing. Sepanjang i kat umah mertua i dah rasa kelainan kat abah...abah memang tak nak langsung jauh dar mak... asyik nak mak baring sebelah abah jek... asyik pegang tangan mak jek... seolah2 tak nak lepaskan tangan mak... huh...lagi terasa lak hati ni berkata...tp i pikir yg positive jek...i ckp ngn mak tk payah buat aper2..biar i buat keja kt dapur.

Dalam kul 10 pg hubby balik dr pasar tani, my hubby dah beli lauk2, i pon balik umah (selang 2 rumah jek ngn umah mertua i) tuk prepare nak masak. Hubby dah hantar Kurma ngan susu kambing kat mertua i...then dia balik umah ngadap leppy buat kerja dia..i sambil masak... Few min...hubby received call..hubby terus ckp nk gi umah mak..i'm just ok..tp agak curious jugak naper mcm rushing hubby kuar... another few min lak hubby call suruh i gi umah mak...i sarung suar panjang...terus ke sana..rupanya keadaan abah dah tenat. Jiran2 mak sumer suruh cool kan Mak. I pon ambik wuduk terus baca Yaassin.. Keadaan agak pilu sbb mak nangis tunggu cucu2 dia balik tuk tengok abah buat kali terakhir. Dalam beberapa min cucu ngn menantu mak pon sampai..mengelilingi abah yg dah nazak.

Tepat kul 11.35pg...abah hembuskan nafas terakhir di hadapan anak2, menantu, cucu dan jiran2 terdekat.
Org yang paling rapat dgn abah iaitu ibu mertuaku...pengsan selepas menatap abah yg menghembuskan nafas terakhir...dan i terhenti membaca yassin yang ketiga bila suami ku menjerit "Mak...abah dah takde..." 
Kami telah kehilangan ABAH (bapa mertuaku) Rais Bin Zainuri...
Setelah hampir 5 bulan abah menderita sakit Ulser perut dan juga ada penyakit lain yg doctor dapat trace iaitu Kanser Hati....akhirnya abah hembus nafas terakhir dihadapan kami semua.

Alhamdullilah segala urusan yang banyak dibantu oleh jiran tetengga Jln Anggerik mempermudahkan perkebumian Arwah Abah. Juga sehingga tahlil yang diadakan juga berjalan dengan lancar.
Terima Kasih kepada sumer yang banyak membantu kami sekeluarga.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Rais Bin Zainuri. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. AMIN...AL-FATIHAH.


Happy Reading...With Luv

Thursday, March 29, 2012

EY BLOOD DONATION DRIVE 2012

Oleh kerana i committee for EY Sport Club...so masa ni i kena duty for halfday in this event.
Masa ni i tgh tunggu pihak HSA tuk Blood Donation programe to setup tempat nih. Dekat sejam gak tunggu pihak HSA nih...penat sey...

Ni masa few our colleague yg terawal nk menderma DARAH diaorg...Zila, Izura and Ammieynna Amin.

Cik Zila and Ammieynna Amin dah memulakan pendermaan "Murni" they all... Masa ni Cik Ammieynna Amin cuba menghilangkan rasa takut dalam hati dier kot.

Sempat berpossing ngan nurse sementara menunggu tuk buat promotion kat org ramai.

Possing ngan Committee EY Sport Club 2012

It's my turn menjayakan pendermaan murni...alhamdullilah senang cari urat nak cucuk kata nurse...
laju pulak darah i ni...I darah O+ tau...

Sambil menderma darah...sambil possing....ye sis..

Masa ni tgh ramai and dah nak penutup...
Alhamdullillah...EY Sport club target about 50bags of blood
tapi
we broke the record achieve 101 bags for that day..
Congrats EY Sport Club Committee and to all donor.

Happy Reading...With Luv

Monday, February 13, 2012

Sell Muruku - My Mother in-law Secret Recipe

 Muruku yg berada di dalam kuali, secret recipe from my Mother in-law

 Muruku yang tgh di toskan minyak sebelum masuk bekas

 Muruku dah siap dlm bekas tunggu tuk packing

 Dah siap packing, 2 kilo tepung muruku cuma dapat ni jek

Ni lah hasil yg dapat for beginning nak cuba business but based on request

Salam semua, nanti i citer sikit macam maner i terjebak ngan business MURUKU ni k. Kat opis nih busy lak...tak sempat nak story. To be continue.....


Happy Reading...With Luv

Thursday, February 9, 2012

Gemersik Kalbu - Akasia TV3





Sikit la sinopsis dan jalan cerita Gemersik Kalbu :

Kisah Cikgu Raihana (lakonan Ayu Raudhah)yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin(lakonan Fazreen Rafi). Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.
Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Ikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian(lakonan Aqasha).

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin.  Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..


P/S : I suka sangat watak Aqasha yang "Ciki". 
        I tak sabar nak tengok ending GEMERSIK KALBU petang ni. 
       I hope they having happy ending...
       

Happy Reading...With Luv

Thursday, January 26, 2012

The 1 & only Younger Brother on his BIG DAY

Pengantin wt the whole family

 Pengantin (my one & only younger bro tht i have) wt Me and hubby

 Pengantin wt my parents

 Posing with my sweet cousins

 Free style posing wt a part of my cousins

Posing wt Mama n some of my aunties/cousins

Suker-suker jek..

 Wt my hubby before we go to send my yngr bro Nikah

After they nikah...posing jap...

It's me yg belum start kepenatan.

P/s : Tak sempat nak story....nanti i story yek...

Happy Reading...With Luv

Wednesday, January 4, 2012

Beli Kasut Branded tapi Murah





Salam Semua...ni citer masa baru dapat bonus sebenarnya...
Kisah my colleague si Hope is Harapan - Ammieynna Amin ari Jumaat tu sempat meng"Snake" jap gi Plaza Pelangi nak beli Cool Blog, siap dia tanya i nak kirim Cool Blog tak...few min di naik semula ke office dia ckp lain nk beli lain pulak terbeli...to me biasa laa klu dh terjalan2 kat Plaza Pelangi..mesti terbeli benda lain.
Dia sempat tunjuk kasut yang dia beli..wow..chantek... brand Santa Barbara Polo & Racquet Club lagi..I'm quite surprise bila dia ckp price only RM19.90 per pair....stock clearance. 
Aper lagi i terus jatuh cinta laa dgn kasut tu.. and i sempat canangkan kt kakak2 kat opis suruh tengok kasut my fren beli tu...suma cakap worth it... tk der la nampak outdated even stock clearance.
 So i pasangkan niat nak beli jugak kasut tuh balik keja nanti..buat tambah koleksi kasut keja. 
After office hour...and sementara tunggu my hubby ambik i...sempat lah i turun jap gi Plaza Pelangi mancari kasut yg di rekomen..i turun ngan si Ammieynna Amin juga ngan kakak2 yg berminat nak beli kasut tuh.
Metrojaya buat sale n clearance stock at the concourse Plaza Pelangi. Sampai kt situ i aim kasut yg almost the same ngan Cik Ammieynna tuh...tp sayang saiz lak tk der. I choose lak colour lain and patern lain tuk yg lagi satu kasut brand yg sama. Total RM39.80 for 2 pair. OK tak... boleh laa buat salin2 kasut keja.

.


Happy Reading...With Luv

Monday, January 2, 2012

Welcome 2012



Salam semua... sorry laa harap2 masih tak terlewat lagi nak wish Happy New Year to u alls.
Kalau sebut New Year jek...sure tanya AZAM kan....
To me..AZAM...i'm just wishing and hoping so much that this year we both will get something miracle in our marriage life...
Anak....
impian setiap pasangan suami isteri bagi pelengkap rumahtangga. 
Insyaallah suami ku... jika ALLAH mengizinkan impian kita menjadi IbuBapa pada tahun ni...itulah rezeki yang tidak ternilai buat kita. Sabar ya Suamiku... semoga kesabaran kita menimang cahayamata akan menjadi kenyataan tahun ni...Dan semoga ALLAH merberkati kehidupan rumahtangga kita.
 Amin.








Happy Reading...With Luv