Monday, May 28, 2012

Kematian Bapa Mertuaku

Salam semua...lama juga i tk view or update my own blog...sebenarnya banyak cerita yg berlaku dalam hidup sepanjang April ni...cuma i tk ber kesempatan tuk bercerita atau berkongsi dalam blog i ni..
28 April 2012 adalah tarikh pahit bagi keluarga suami ku..

Sebenarnya tarikh 27 April adalah birthday suamiku...memang i plan nak celebrate birthday my hubby kat Jusco Tebrau City kat restaurant favourite dier..kat Black Canyon. Tapi perasaan i ngn my hubby macam hilang mood tuk celebrate aper2 sbb mengenangkan keadaan abah yg agak critical.

Mlm tu i dah lepak kat umah mertua tuk tengok keadaan abah. Mlm tu abah masih boleh berbual tp dalam keadaan dengar tak dengar. Abah mcm tk nak mak mertua i jauh dari dia... asyik suruh mak picit tangan dia jek... jgn lepas..I ada picit2 kaki abah..i rasa kaki abah sejuk dan jari tangan abah pun agak sejuk.. i dah suspen...sbb i pernah terbaca tentang tanda2 kematian menghampiri manusia. Tanda2 tu kebanyakan i dah nampak...hidung abah dah mula jatuh...TAPI...i tak berani nak cakap kat hubby..i nak jaga perasaan dia...mlm tu jugak masa kt umah sendiri...my hubby ader tanya.."u tengok keadaan abah mcmmaner ?" hmmm.. jawapan i yg positive jek... i tengok dia dah risau... i ckp kt my hubby doakan yg terbaik tuk abah.

Pagi tu..i dah gi semula umah mak mertua aku... aku kemas aper yang patut... tengok keadaan abah...pg tu hubby ader mandikan abah dan salinkan pampers...pas tu hubby gi pasar tani nk cari susu kambing dan kurma tuk abah makan...untuk energy abah....sbb dia dah lama tak boleh makan aper pon... doctor dah advice my hubby tuk kasi abah minum susu kambing. Sepanjang i kat umah mertua i dah rasa kelainan kat abah...abah memang tak nak langsung jauh dar mak... asyik nak mak baring sebelah abah jek... asyik pegang tangan mak jek... seolah2 tak nak lepaskan tangan mak... huh...lagi terasa lak hati ni berkata...tp i pikir yg positive jek...i ckp ngn mak tk payah buat aper2..biar i buat keja kt dapur.

Dalam kul 10 pg hubby balik dr pasar tani, my hubby dah beli lauk2, i pon balik umah (selang 2 rumah jek ngn umah mertua i) tuk prepare nak masak. Hubby dah hantar Kurma ngan susu kambing kat mertua i...then dia balik umah ngadap leppy buat kerja dia..i sambil masak... Few min...hubby received call..hubby terus ckp nk gi umah mak..i'm just ok..tp agak curious jugak naper mcm rushing hubby kuar... another few min lak hubby call suruh i gi umah mak...i sarung suar panjang...terus ke sana..rupanya keadaan abah dah tenat. Jiran2 mak sumer suruh cool kan Mak. I pon ambik wuduk terus baca Yaassin.. Keadaan agak pilu sbb mak nangis tunggu cucu2 dia balik tuk tengok abah buat kali terakhir. Dalam beberapa min cucu ngn menantu mak pon sampai..mengelilingi abah yg dah nazak.

Tepat kul 11.35pg...abah hembuskan nafas terakhir di hadapan anak2, menantu, cucu dan jiran2 terdekat.
Org yang paling rapat dgn abah iaitu ibu mertuaku...pengsan selepas menatap abah yg menghembuskan nafas terakhir...dan i terhenti membaca yassin yang ketiga bila suami ku menjerit "Mak...abah dah takde..." 
Kami telah kehilangan ABAH (bapa mertuaku) Rais Bin Zainuri...
Setelah hampir 5 bulan abah menderita sakit Ulser perut dan juga ada penyakit lain yg doctor dapat trace iaitu Kanser Hati....akhirnya abah hembus nafas terakhir dihadapan kami semua.

Alhamdullilah segala urusan yang banyak dibantu oleh jiran tetengga Jln Anggerik mempermudahkan perkebumian Arwah Abah. Juga sehingga tahlil yang diadakan juga berjalan dengan lancar.
Terima Kasih kepada sumer yang banyak membantu kami sekeluarga.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Rais Bin Zainuri. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. AMIN...AL-FATIHAH.


Happy Reading...With Luv

No comments: